Sunday, May 16, 2010

ProJEk BarU bERmuLA

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi ari ni baru aku berpeluang untuk update blog aku yang semakin suram pengunjungnye...aku terlalu sibuk dengan keja dan jugak rumah cendawan yang baru di Bentong. Dengan bantuan JKKKg Bukit Piatu aku mendapat persetujuan mengunakan tanah rezab JKKK untuk membesarkan projek cendawan aku..Dibawah ni gambar kawasan yang di beri untuk memulakan projek aku..walau pun tanah tak berapa cantik tetapi Alhamdulillah ada
jugak kawasan untuk projek aku ni....time kasih











Saturday, February 6, 2010

BeRteMu KeMBaLi

Setelah sekian lama aku menyepi....baru sekarang aku berkesempatan meluangkan masa untuk kemaskini blog aku ni...smua projek aku di Batang kali telah aku tutup..
dah tiada apa yang tinggal untuk dijadi kan kenangan..

Saturday, September 19, 2009

SeLamAt aRi RaYa



selamat ari raya wat semua pengusaha cendawan...cuti cuti ar ari raya nie...tinggalkan saja cendawan anda...hehehehe....

Wednesday, May 27, 2009

AL-Fatihah

Hari ini aku kehilangan kawan baik- Bos Mahadi ...seorang kawan yang banyak membantu aku dalam perusahaan cendawan ni...jasa arwah tidak mungkin aku lupa kan....

arwah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari kerja...dan trajedi tersebut begitu menyayat hati..

Semoga roh nya dirahmati dan di cucuri oleh Allah S.W.T.

AL- Fatihah

Wednesday, May 13, 2009

MeMbuaT beG mEdia berMuLa

Project nak wat beg media telah pun dimulakan...dengan bantuan seorang rakan...ianya dapat dijalankan dengan jayanya...ni some pictures yang boleh aku kongsikan bersama...

membancuh permulaan dengan 50 kg


memasukan abuk kayu ke dalam beg media
(ini lah kawan yang paling baik yang selalu menolong)



menunggu masa untuk merebus


membetulkan lampu supaya tidak gelap semasa mengukus



Wednesday, April 8, 2009

Probs nak downloads gambar....

ermmmm....ingat kan ari ni nak download gambar...banyak la jugak gambar yang nak dikongsi.... tapi ada masalah pulak....tak tau la ape yang tak kena...mungkin format nye tak betul kot... anyway tak pe la...aku akan cuba cari jalan penyelesaian nye...

Tuesday, April 7, 2009

Wat penUtUp TonG dRum

Setelah tong drum siap, dan telah di cat pun...apa lagi...wat penutup nye la plak... terima kasih pada yang sudi membantu...nanti aku belanje....hehehehe!

BarAng- baRang for BaG mediA

Ini dia barang barang lain untuk wat bag media...
cap , neck , stopper di beli dari sunnur
barang2 lain spt plastik,kapur dan dedak dari mentah resources



tu dia tong drum yang baru di cat....ups! jangan sentuh yea..!




bahagian dalam tong drum...

Monday, April 6, 2009

Start ProJect Sendiri

semalam beli abuk kayu....ermmmm excited sgt ni nak wat projek sendiri....tido malam pun tak lena...hehehehe...



Kerja kerja mengangkut abuk kayu yang baru sampai.....perrrggghhh penatnye tak terkira...rasa macam nak patah pinggang....ahaks! nasib ada orang yang sudi membantu...thankz!



Ini dia abuk abuk kayu yang baru di beli....

Friday, February 6, 2009

Ops RumaH CenDawaN

Sebelum memulakan projek dekat 1 bulan cari umah ni.... macam umah antu... sewa murah je r.m150...




setelah siap dibersihkan tak sangka plak ada orang tanam cendawan dalam ni...

Start ProJect Sendiri


semalam beli abuk kayu....ermmmm excited sgt ni nak wat projek sendiri....tido malam pun tak lena...hehehehe...



Kerja kerja mengangkut abuk kayu yang baru sampai.....perrrggghhh penatnye tak terkira...rasa macam nak patah pinggang....ahaks! nasib ada orang yang sudi membantu...thankz!




Ini dia abuk abuk kayu yang baru di beli....























Monday, February 2, 2009

RacK

Ni some of picture masa project wat racks...

  • paku je beli...barang2 pertukangan bos yang bagi pinjam n sedikit kayu tak tahu dia ambil mana...



  • Abang salim tanpa membayar upah juz belanja air je, jimat sikit cuma kuar modal beli kayu...thankz abang salim...nnt lain kali leh tolong lagi....

  • Operasi wat rack secara besar besaran dibantu oleh my bos muhadi and kawan2 ikwan...




  • Rack yang dibuat oleh bos 4 biji semuanya tapi boleh muat 1k je lama jugaklah nak disiap kan siap ambik cuti 2 ari maklumlah amatur...





  • Rack yang dibuat oleh ikwan 2 unit tapi boleh memuatkan 2k itu pun 4 kali pasang...





  • walaupun tak de pengalaman akhirnya siap jugak...




success!

Sunday, February 1, 2009

Beg meDia BeRbeNiH

Gambar ni semua adalah beg media berbenih yang dibeli dari fatisha, pn.zainon and tini dari bestari agrotek. Terima kasih semua coz bagi harga yang berpatutan...




Monday, January 19, 2009

so bUsy LatELy

ermmm....lama betul dah tak menjengah blog ni...busy sket kebelakangan ni...banyak kerja... ye la sekarang ni aku ngah sebuk untuk mencari tapak baru for my new mushroom house....nak perbesarkan siket lagi dari yang sedia ader ni....insyaallah...

semalam pegi petik cendawan...nampaknye sume cendawan aku sehat sehat belaka...alhamdulillah dapat la gak supply kat peniaga2 di area berhampiran ngan rumah cendawan aku tu...nak antar jauh jauh pun x dapat sebab semuanya dah habis kat situ jer...so diharap bila aku dah perbesarkan rumah cendawan aku ni...boleh la supply jauh2 sket...

Saturday, December 13, 2008

CenDawaN aKu








CenDawaN Tiram/ Oyster Mushroom

Pleurotus Ostreatus atau lebih dikenali dengan nama cendawan tiram merupakan salah satu jenis kulat yang boleh di makan. cendawan ini telah ditanam sejak dahulu lagi dan kini ianya di tanam secara komersial.
Memandangkan cendawan tiram ini mendapat sambutan yang menggalakan serta permintaan tinggi dalam pasaran...aku kini mula bergiat aktif dalam mengusahakan tanaman cendawan ini. lagipun aku mempunyai sedikit latar belakang tentang pertanian, ia amat mudah untuk aku memulakan dan mencari sumber- sumber yang memboleh kan projek aku ini berkembang.
memandangkan sekarang aku masih lagi bekerja di tempat lain...kegiatan aku bersama cendawan ini amat terhad...walaupun banyak permintaan dari rakan rakan namun begitu aku tidak dapt memenuhi semua permintaan...aku kini dalam perancangan untuk membesarkan lagi tapak rumah cendawan aku dan di harap aku dapat menjalan kan projek ini sepenuh masa.